PENDIDIKAN MORAL

Friday, 21 October 2011

Organisasi kandungan dan kandungan

Kurikulum Standard Pendidikan Moral Sekolah Rendah digubal mengikut tema dan mengandungi enam (6) tema yang menjadi wahana untuk menyampaikan niai-nilai universal. Penggubalan tema ini mengambila kira struktur hubungan murid dengan persekitarannya. Tema-tema tersebut adalah sperti berikut:

Tahun 1 Tema Diri Saya
Tahun 2 Tema Saya dan keluarga
Tahun 3 Tema Saya dan sekolah
Tahun 4 Tema Saya dan jiran
Tahun 5 Tema Saya dan masyarakat
Tahun 6 Tema Saya dan Negara

Bagi membolehkan nilai-nilai universal dipupuk secara berterusan dalam murid, nilai yang sama diajar setiap tahun iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Walaupun nilai itu diulang, tema dan standard kandungan adalah berbeza selaras dengan tahap perkembangan dan kematangan murid. Nilai-nilai universal Kurikulum Standard Pendidikan Moral Sekolah Rendah adalah berikut:
1. Kepercayaan kepada tuhan
Keyakinan wujudnya tuhan sebagai pencipta alam mematuhi segala seluruhnya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.
2. Baik hati
Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan member bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas.
3. Bertanggungjawab
Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.
4. Berterima kasih
Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan dan pemberian.
5. Hemah tinggi
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pengaulan seharian.
6. Hormat
Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan institusi social dengan member layanan yang bersopan.
7. Kasih sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.
8. Keadilan
Tindakan dan keputusan yang tidak berat sebelah.
9. Keberanian
Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah.
10. Kejujuran
Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan.
11. Kerajinan
Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara.
12. Kerjasama
Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama.
13. Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.
14. Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup.

Objektif-objektif pengajaran Pendidikan Moral

Kurikulum Standard Pendidikan Moral Sekolah Rendah membolehkan murid untuk mencapai objektif berikut:-
i. Mememahami dan menghayati nilai-niali universal
ii. Menghayati dan mengamalkan budi pererti mulia
iii. Melaksanakan tanggungjawab moral dan sosial bagi mengekalkan kesejahteraan diri dengan keluarga, sekolah, jiran, masyarakat dan Negara
iv. Mengembangkan dan mengaplikasikan penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuaan moral dalam membuat pertimbangan dan keputusan.
v. Memperkukuh dan mempertingkat amalan tabiat dan tingkah laku yang selaras dengan sikap dan nilai moral yang diperolehi
vi. Menyedari, memahami dan menghayati norma dan nilai murni masyarakat Malaysia ;
vii. Membentuk pemikiran yang rasional berasaskan prinsip-prinsip moral ;
viii. Memberi sebab-sebab yang munasabah berdasarkan pertimbangan moral dalam membuat sesuatu keputusan ; dan
ix. Menggunakan pertimbangan yang berlandaskan prinsip-prinsip moral sebagai panduan dalam amalan kehidupan seharian.